cara cepat lock price

SMS to me your info: hani= 0172582930

1.full name

2.i.c number

3.item to lock

4.email address

5.type of payment,full payment or EPP.

6.cawangan mana yg anda mau utk ambil stock

cth sms: HANIFAH SJAM'UN, 841201-13-****,20g 1pc,hanifahsjamun@gmail.com,full payment,sunway

Sunday 2 September 2012

HARGA EMAS MASIH MURAH ????

Salam ramadhan buat smua muslimin dan muslimat.Selepas seminggu menyambut hari raya aidilfitri,seperti yang telah dijangka harga emas mula melonjak.walaupun terdapat pulback after beberapa paras,ia mula meningkat melebihi paras supportnya.ini adalah petanda baik utk pelabur2 emas yg mula utk menjual simpanan emas ataupun membeli lebih banyak stock emas untuk mendapat keuntungan apabila harga mencecah paras maksimum tahun lepas around USD 1900.


Tuesday 10 July 2012

DEALER RECRUITMENT DRIVE

Kepada sesiapa yg berminat nak menjadi dealer PUBLIC GOLD,tetapi masih berkira2.Sekarang masa yg sesuai,jom mulakan pelaburan with my group.Banyak kelebihan menanti anda.Cepat,sebelum peluang yg ada melepas.

Dealer Recruitment Drive (DRD)

Tempoh Promosi:
Untuk tempoh masa yang terhad sahaja sehingga RM1juta hadiah wang tunai habis ditebus.
Jenis Promosi:
Ganjaran Tunai untuk Public Gold Dealers (Terbuka kepada Dealers dan Priority Dealers sahaja)

Penerangan Promosi:

1. Promosi ini adalah untuk semua dealers Public Gold (Dealers & Priority Dealers) yang berjaya merekrut dealers yang baru sepanjang tempoh promosi ini dan mereka akan diberi ganjaran wang tunai dan komisen.
2. Introducer akan menerima hadiah wang tunai dan komisen seperti di berikut:



 Jenis Rekrut

 Hadiah Wang Tunai
( Hanya diberikan selepas pembelian pertama dibuat oleh dealer baru tersebut)


 Kadar Komisen
(Berdasarkan kepada setiap rekrut yang baru)
Dealer rekrut dealer
RM100
0.2%
Dealer rekrut Priority dealer
RM500
-
Priority dealer rekrut Priority dealer
RM500
0.2%
 *Sebarang jenis rekrut yang tidak di nyatakan di atas adalah tidak memenuhi syarat untuk promosi ini.

Terma dan Syarat:

1.Special Recruitment Reward (SRR) tidak lagi digunakan dan akan digantikan dengan promosi Dealer Recruitment Drive (DRD) sehingga notis seterusnya.
2. Semua borang pendaftaran baru mesti dilengkapkan dan dihantar kepada cawangan Public Gold yang berhampiran dalam tempoh promosi ini.
3. Hadiah wang tunai hanya akan diberikan kepada introducer yang berjaya merekrut dealers.
4.Hadiah wang tunai hanya akan diberikan kepada introducer selepas setiap dealer baru yang direkrut melakukan pembelian pada kali pertama.
5. Hanya pesanan atau pembelian yang dibayar penuh akan di ambil kira yang dalam promosi ini.
6. Hadiah wang tunai akan dimasukkan ke dalam akaun introducer bersamaan dengan komisen pada setiap 20 hari bulan.
7. **Promosi ini akan tamat apabila hadiah wang tunai telah habis ditebus.
8. Promosi ini TIDAK termasuk pembelian melalui ANSURAN BULANAN
( Easy Payment Purchase-EPP)

9. Segala pembatalan pembelian atau tidak membayar mengikut tempoh ditetapkan tidak layak untuk promosi ini.
10. Syarikat berhak untuk mengguna,mencetak atau memapar nama,butir –butir dan gambar Pemenang promosi ini untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dari masa ke semasa tanpa sebarang notis/pengumuman terlebih awal kepada individual berkenaan.
11. Pihak pengurusan Public Gold berhak, mengubah terma dan syarat sebarang tanpa sebarang notis.

EMAS UNTUK EMAS


Artikel di bawah ini adalah salah satu tanda telah wujudnya kesedaran tentang kepentingan emas.Anda bila lagi,jom start dgn 1g.Hubungi sy Hanifah; 017-2582930, hanifahsjamun@gmail.com.
 


“JIKA bawa balik pingat emas dari London, anda akan dapat jongkong emas bernilai dua juta ringgit sebagai ganjaran.”
Itu janji Pengerusi Kuala Lumpur Racket Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam yang melontarkan cabaran kepada enam pemain badminton negara yang bakal menggalas misi memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik London 2012. semalam.

Insentif lumayan menerusi program ‘Gold for Gold’ KLRC itu hanya diberikan kepada pemenang emas acara badminton yang mana emas seberat 12.5 kilogram bernilai RM2 juta itu akan dikongsi bersama dengan mana-mana pemain yang turut meraih emas di London.
Bagi temasya Sukan Olimpik yang akan bermula 27 Julai ini, cabaran Malaysia bakal diketuai jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei, Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Tan Boon Heong-Koo Kien Keat (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Bagi Andrew, beliau berharap insentif itu mampu membakar semangat juang pemain negara bagi merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia yang sudah lama menantikan emas pertama di Sukan Olimpik sejak 1956.

“Kita belum pernah menang emas, jadi insentif ini diberikan kepada pemenang emas saja. Saya hanya berikan insentif ini kepada badminton kerana ia sukan yang paling saya minati dan juga rakyat Malaysia.


“Saya berharap insentif ini akan membakar semangat juang atlet apabila bertanding di London nanti. Saya yakin pemain kita ada potensi untuk menjadi juara bukan hanya Lee Chong Wei tapi juga pemain lain seperti beregu Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat,” katanya yang juga pemilik syarikat cari gali emas, Peninsular Gold Limited.

Dengan insentif terbaru KLRC itu, nilai emas badminton Olimpik kali ini bertambah menjadi RM4 juta selepas sebuah syarikat tempatan turut mahu menyumbang RM1 juta dan RM1 juta lagi menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) oleh kerajaan.
Biarpun tiada seorang wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang hadir pada majlis pelancaran insentif itu namun ia masih mendapat sokongan bekas Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992, Razif Sidek.

Pada majlis itu, semua pemain berpeluang memegang jongkong emas itu dan bagi Chong Wei, dia tidak terlalu memikirkan soal insentif kerana apa yang penting baginya adalah fokus kepada persiapan terakhir sebelum temasya bermula.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10

Sumber harian metro.
 

Monday 9 July 2012

7 Tanda Penting Penghidap Penyakit Kewangan

Setiap penyakit ada simptom tertentu. Penyakit berkaitan wang pun ada simptom tersendiri. Berikut adalah 7 petanda yang menunjukkan kita ada penyakit dalam urusan kewangan
1. Menambah bilangan kad kredit
Kad kredit Bank semakin menghampiri had limit yang ditetapkan. Malangya, kalau tidak pakai kad kredit untuk berbelanja setiap bulan, macam mana mahu terus hidup. Duit gaji memang habis bila menjelang tengah bulan. Maka, kita pun cari lah kad kredit baru dari Bank lain pula.
2. Hutang kad kredit bayar yang minima sahaja
Bulan-bulan guna kad kredit, tapi bayar hanya cukup-cukup yang bank minta. Maka setiap hari hutang semakin bertambah. Bayar pula tidak ikut masa, kena pula penalti. Aduh. Hutang makin bertambah!
3. Usik akaun simpanan
Tabungan memang ada. Mula-mula memang rajin menyimpan. Masa bujang dulu, komitmen masih kecil. Tetapi bila sudah beli kereta, beli kamera dengan kad kredit, beli laptop dengan kad kredit, belanja kahwin secara berhutang, maka simpan bila ada lebih sahaja. Bila perbelanjaan lebih banyak dari pendapatan, maka mula lah usik akaun simpanan untuk bayar itu dan ini.
4. Bergilir bayar bil bulanan
Bil api, air, ASTRO, telefon, internet. Eh, tapi bila lambat bayar sebulan dua bukan kena potong terus pun. Jadi, boleh la bayar bil bergilir-gilir.
5. Tidak boleh tidur malam
Hutang jika tidak diuruskan dengan betul, boleh menyebabkan hidup kita tidak tenang. Barangkali kerja pun mula tidak fokus dan tidur pun jadi tidak lena kerana banyak memikirkan hutang dan masalah kewangan lainnya. Ini memang bahaya!
6. Bergaduh dengan pasangan
Kes-kes penceraian ada banyak berkaitan dengan isu harta. Na'uzubillah. Jadi, bila ada masalah kewangan, hutang, maka kita perlu bawa berbincang dengan suami-isteri untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Ia mesti dibincangkan secara terbuka dan bukan simpan sahaja sampailah hanya menunggu masa untuk meletup.
7. Mencari "easy" loan
Kad kredit sudah jadi koleksi dalam dompet. Pembiayaan peribadi juga sudah buat overlapping. Tetapi masalah wang masih tidak selesai. Kita pun mencari-cari peluang skim pinjaman dan pembiayaan mudah yang tidak perlu tengok CCRIS, CTOS, blacklist dan sebagainya. Silap haribulan, meminjam dengan along. (Kami cuma mau tolong maa!)
Masa Kaya Sebelum Miskin
Kita tidak perlu tunggu menghadapi situasi-situasi di atas baru mahu cari ilmu kewangan. Dapatkan ilmu kewangan saat poket kita masih sihat. Nabi saw berpesan ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara dan salah satunya adalah, "Masa kaya sebelum miskin."

5 Hutang Lapuk Yang Bertambah

Barangkali kalian tidak pernah merancang bila sepatutnya berhutang.Hakikatnya, merancang hutang juga perlu.Sedar2 sahaja komitmen hutang terlalu tinggi menyebabkan setiap bulan duit gaji cukup-cukup sahaja.
Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang wang (dan hutang) dari sekarang! Berikut adalah 5 situasi yang selalu menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt):
1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Kos perkahwinan di bandar khususnya mencecah paling kurang RM 20,000 - RM 30,000.
Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran, jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh berkahwin tanpa berhutang.
2. Hutang membeli kenderaan
Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru, walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut.
3. Hutang kad kredit
Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja. Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai walaupun satu kad kredit.
4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.
Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah. Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik air sahaja terlebih dahulu.
Jadikan rumah yang anda bakal duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih sesuai untuk membesarkan anak-anak.
5. Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama 24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan rumah berharga RM 1500 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?
Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!

Wednesday 27 June 2012

TIPS BELI BARANG KEMAS

Kesedaran tentang kepentingan pelaburan emas hari ini,menyebabkan lebih ramai individu menceburkan diri dlm perniagaan emas.Tapi adakah anda tahu bagaimana cara2 terbaik utk memilih emas?Jangan hanya kerana tawaran potongan harga yang menggoda,anda terus membelinya tanpa berfikir panjang.Di sini sy sertakan tip2 yg moga2 boleh membantu anda mengurangkan kebarangkalian kerugian anda.

1.PILIH GRED YG TINGGI
-contohnya 916-999.lebih tinggi peratusan emas.lebih kurang kebarangkalian gred turun jika di ar-rahnu.

2.PILIH EMAS YANG TIADA PERMATA
a) Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b) Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja

3.PILIH JENIS PADU & TEBAL
-padu bermakna tiada ruang2 kosong dlm barang kemas tu,maka ianya akan tahan lasak dan tak mudah putus atau bengkok.

4.TANYA DULU BERAPA KOS UPAH
-sebelum membeli di kedai ataupun dari online seller,tanyakan dahulu berapa kos upahnya.ini kerana kadang2 kos upahnya berbeza bagi setiap kedai.kalau nak senang lagi,beli dari sy.tiada kos upah:)
 
5.JANGAN BELI DESIGN YG RUMIT DAN BERONGGA
-semakin cantik barang kemas yg berongga dan berjuntai2 semakin meningkat kebarangkalian turun grednya,

6.PILIH KEDAI ATAU SYARIKAT YG MENAWARKAN HARGA RENDAH, DI IKTIRAF KETULINANNYA & BUYBACK YG TINGGI.
-buat survey utk bandingkan harga kemas semasa.pastikan harga yang anda dapat berbaloi dgn yg anda beli.mengapa byr mahal jika anda boleh dapat lebih murah utk barang yang sama?
-ketulinan adalah penting dlm pelaburan emas kerana nilai yg kita laburkan bukanlah sedikit.biar kita bersusah payah ke ar rahnu utk menguji ketulinan berbanding menyesal di kemudian hari.

7.PILIH DESIGN EMAS YG SENTIASA POPULAR SEPANJANG ZAMAN.
-contohnya rantai tgn gajah @ pasir kerana kita tidak perlu sentiasa menukar utk menyesuikan dgn perubahan trend.


Tuesday 19 June 2012

GOLD BAR vs BARANG KEMAS

Di bawah adalah sedikit pebandingan yg dapat sy simulkan hasil daripada pembacaan saya dlm pelaburan emas ini.
BARANG KEMAS
GOLD BAR
Bole di pakai oleh si isteri J
Beli dan simpan
Kadar kecairan tinggi-bole di ar rahnu bila2 masa
Kurang kecairan-hanya beberapa tempat sahaja boleh di ar-rahnu(pajak)
Spread  yang tinggi,rata2 10% .kalau  jual ke kedai 20-30% nilainya akan susut
Spread yg rendah,bergantung dgn syarikat.cth:public gold 5.5-8%
Ada kos upah-if beli dari saya,tiada upah ;)
Tiada kos upah
Harga yang mampu milik kerana ada variasi berat
Harga yang mahal kerana rata2 berat (kecuali beli 1g gold bar from me)
Senang di jual balik.asalkan terbukti emas asli.
Jual balik terhad kepada syarikat yg kita beli.
Tidak terikat dengan mana2 brand,asalkan ada resit atau ada bukti ketulinan emas.
Banyak brand syarikat emas,dengan harga yg berlainan.walaupun berat sama.
Tiada sijil ketulinan,hanya resit.
Ada sijil ketulinan utk setiap bar.cthnya bar PG
Jualan balik di kategorikan used gold,harga akan susut.
Tiada istilah used gold

PESANAN:
Jika budget kecil,contohnya Rm 200 sebulan dan tiada disiplin, dicadangkan supaya anda membeli Bar. Simpan, bila rege tinggi jual. Ingat Semakin Ringan Bar semakin Tinggi Premiumnya.

Contoh Bar 1 gm - Rm 185 - 200 ( 24k ) 
Cincin 2 gm - Rm 350 ( 24 k ) ------ Rm 175/gm
untuk yang yakin dengan kemampuan menyimpan duit tiap2 bln(berdisiplin tinggi),lebih elok simpan Fiat untuk 2 bulan baru beli Bar atau Barang Kemas, atau 3-4 bulan simpanan baru beli Barang Kemas atau Bar yg lebih berat untuk mendapat premium yg rendah.Tapi,adakah harga emas akan sama 2-3 bulan akan datang?
KESIMULANNYA,VARIASIKAN SIMPANAN EMAS ANDA KERANA BARANG KEMAS DAN GOLD BAR MEMPUNYAI KELEBIHAN DAN KELEMAHAN YANG TERSENDIRI.