Hati-hati kepada kalian yang belum mengalami situasi ini. Rancang
wang (dan hutang) dari sekarang! Berikut adalah 5 situasi yang selalu
menyebabkan kita berhutang dan ianya bersifat hutang lapuk (bad debt):
1. Hutang kerana perkahwinan
Perbelanjaan kahwin pada hari ini amatlah besar. Kos perkahwinan di
bandar khususnya mencecah paling kurang RM 20,000 - RM 30,000.
Justeru, kalian yang masih belum berkahwin tetapi sudah berpacaran,
jangan terlalu seronok bercinta sahaja. Rancang bagaimana kita boleh
berkahwin tanpa berhutang.
2. Hutang membeli kenderaan
Penjual kereta, institusi kewangan dan bank bukan tukang rancang
wang kita. Mereka adalah tukang ambil wang dari poket kita. Justeru,
walaupun kita layak dan mampu membuat bayaran bulan-bulan kereta
sebanyak RM 900 misalnya, belum tentu kita patut beli kereta tersebut.
3. Hutang kad kredit
Kad kredit adalah bagus untuk kalian yang berdisiplin sahaja.
Sekiranya kalian bukan seorang yang mampu mengajar diri sendiri disiplin
kewangan yang ketat, lupakan sahaja hasrat kalian untuk mempunyai
walaupun satu kad kredit.
4. Hutang membeli rumah (untuk diduduki)
Sekali lagi saya perlu mengingatkan, agen hartanah, syarikat rumah, institusi kewangan dan bank bukan perancang kewangan anda.
Kita perlu merancang dengan baik bagaimana untuk membeli rumah.
Sekiranya kalian masih bujang, atau baru berkahwin cukuplah membeli
rumah yang biasa-biasa sahaja seperti apartment 3 bilik tidur 2 bilik
air sahaja terlebih dahulu.
Jadikan rumah yang anda bakal
duduk selama 10 tahun pertama misalnya sebagai salah satu pelan
pelaburan selepas 10 tahun sebelum anda membeli rumah lain yang lebih
sesuai untuk membesarkan anak-anak.
5. Hutang membeli kelengkapan rumah
Banyak penjual perabot dan elektrik hari ini telah mula
memperkenalkan skim ansuran mudah. Bayar serendah RM 10 sebulan selama
24 bulan misalnya. Satu perkara yang perlu kalian ingat adalah, barang
elektrik hari ini cepat rosak. Adakah berbaloi untuk membeli kelengkapan
rumah berharga RM 1500 misalnya dengan berhutang selama 2 tahun ?
Ya, ini belum campur dengan bil-bil tertentu yang dibayar setiap bulan dengan kad kredit!
No comments:
Post a Comment