cara cepat lock price

SMS to me your info: hani= 0172582930

1.full name

2.i.c number

3.item to lock

4.email address

5.type of payment,full payment or EPP.

6.cawangan mana yg anda mau utk ambil stock

cth sms: HANIFAH SJAM'UN, 841201-13-****,20g 1pc,hanifahsjamun@gmail.com,full payment,sunway

Tuesday 10 July 2012

EMAS UNTUK EMAS


Artikel di bawah ini adalah salah satu tanda telah wujudnya kesedaran tentang kepentingan emas.Anda bila lagi,jom start dgn 1g.Hubungi sy Hanifah; 017-2582930, hanifahsjamun@gmail.com.
 


“JIKA bawa balik pingat emas dari London, anda akan dapat jongkong emas bernilai dua juta ringgit sebagai ganjaran.”
Itu janji Pengerusi Kuala Lumpur Racket Club (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam yang melontarkan cabaran kepada enam pemain badminton negara yang bakal menggalas misi memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik London 2012. semalam.

Insentif lumayan menerusi program ‘Gold for Gold’ KLRC itu hanya diberikan kepada pemenang emas acara badminton yang mana emas seberat 12.5 kilogram bernilai RM2 juta itu akan dikongsi bersama dengan mana-mana pemain yang turut meraih emas di London.
Bagi temasya Sukan Olimpik yang akan bermula 27 Julai ini, cabaran Malaysia bakal diketuai jaguh perseorangan lelaki, Datuk Lee Chong Wei, Tee Jing Yi (perseorangan wanita), Tan Boon Heong-Koo Kien Keat (beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Bagi Andrew, beliau berharap insentif itu mampu membakar semangat juang pemain negara bagi merealisasikan impian jutaan rakyat Malaysia yang sudah lama menantikan emas pertama di Sukan Olimpik sejak 1956.

“Kita belum pernah menang emas, jadi insentif ini diberikan kepada pemenang emas saja. Saya hanya berikan insentif ini kepada badminton kerana ia sukan yang paling saya minati dan juga rakyat Malaysia.


“Saya berharap insentif ini akan membakar semangat juang atlet apabila bertanding di London nanti. Saya yakin pemain kita ada potensi untuk menjadi juara bukan hanya Lee Chong Wei tapi juga pemain lain seperti beregu Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat,” katanya yang juga pemilik syarikat cari gali emas, Peninsular Gold Limited.

Dengan insentif terbaru KLRC itu, nilai emas badminton Olimpik kali ini bertambah menjadi RM4 juta selepas sebuah syarikat tempatan turut mahu menyumbang RM1 juta dan RM1 juta lagi menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) oleh kerajaan.
Biarpun tiada seorang wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang hadir pada majlis pelancaran insentif itu namun ia masih mendapat sokongan bekas Presiden BAM, Tan Sri Elyas Omar, Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi dan pemenang pingat gangsa Olimpik Barcelona 1992, Razif Sidek.

Pada majlis itu, semua pemain berpeluang memegang jongkong emas itu dan bagi Chong Wei, dia tidak terlalu memikirkan soal insentif kerana apa yang penting baginya adalah fokus kepada persiapan terakhir sebelum temasya bermula.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10

Sumber harian metro.
 

No comments:

Post a Comment